Tidak salah jatuh cinta
Perasaan itu fitrah anugerah Allah
Tumbuh dalam diri setiap manusia
Cuma
Seperti apa dan bagaimana
Kita mengemudikan perasaan cinta
Dengan jalan iman atau nafsu semata
Bila kita rasa
Hati tak tersengaja
Tersangkut pada sesiapa
Jangan mudah kata ianya cinta
Jangan terlalu melayan
Dengan asyiknya perasaan
Yang tak di undang,
Sebab
Ianya akan memberi kesan
Kepada hati-hati kita
Mungkin
Terlalu memandang paras wajahnya
Terkesima dengan gayanya
Terpesona dengan tutur katanya
Yang di dengar indah di telinga
Istighfar
Ya. Itu ubat yang mujarab
Taubatlah sebaik baiknya
Singkirkan perasaan bukan bukan
Doa
Ya. jalan terakhir bila mana kita rindu
Doa luah pada pemilik hatinya
iaitu Allah
Bukan luah pada dia
Hah! Kata ahli agama
Jatuh cinta itu penyakit
Pernikahan sebagai ubatnya
0 komentar:
Posting Komentar