“Kini telah muncul golongan mentah seperti kanak-kanak yang cuba melompat suatu halangan tinggi. Akibat daripada itu, mereka jatuh dan rugi.
Mereka berkata: “Sudah cukup kita mengambil daripada ‘al-Quran dan Sunah’ sahaja”, tanpa memahaminya melalui kaca mata ilmu fiqah dan maqasid sebagaimana yang telah disebutkan oleh al-Shāṭibī. Mereka mengendahkan kekayaan makna bahasa Arab sebagaimana yang telah digariskan oleh al-Khalīl, Sībawaih, dan al-Shāfiʻī.
Pendekatan mereka tersebut telah menyesat dan memperdayakan ramai orang. Mereka telah bersangka buruk dengan para fuqaha dan imam mazhab. Mereka mengeji permasalahan dan perbahasan yang mereka sendiri pada hakikatnya tidak mampu untuk memahaminya. Hal ini adalah ibarat kata penyair Arab; “Mereka seperti segolongan wanita yang dengki kepada seorang wanita yang memiliki wajah yang menawan. Oleh itu, mereka menggelarkan wajah wanita yang cantik itu sebagai wajah yang hodoh”.
Golongan ini mengganggap bahawa fiqah itu sukar lalu mereka menjauhinya serta mencemarnya. Bagi mereka bahasa Arab itu susah lalu mereka menyerangnya.
Betapa rendahnya martabat orang yang tidak boleh membezakan antara makna literal dan makna hakiki di sebalik nas. Betapa lemahnya orang yang tidak tahu membezakan antara warna hitam dan putih,”
#BinBayyahMalaysia
0 komentar:
Posting Komentar