Media Sebagai Bagian Dari Dakwah untuk menyampaikan Islam yang Rahmatan lil 'Alamin dengan Aqidah Ahlussunnah Wal Jama'ah.


Barangsiapa yang menunjuki kepada kebaikan maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya” (HR. Muslim no. 1893)

Rabu, 14 September 2016

Rabiatul Adawiyah

Seorang ulama perempuan , para perempuan juga boleh mencontohi daripada ulama - ulama kita terdahulu . Mereka banyak daripada orang-orang soleh dan orang - orang alim .

Sebut sahaja Saidatina Rabiatul Adawiyah . Beliau satu saat tidak kurang ibadahnya di malam hari , solat lebih daripada 10Ribu rakaat . 10Ribu rakaat? Jumlah yang banyak atau sedikit? Seorang wanita beribadah kepada الله dimalam harinya 10ribu rakaat .

Banyak sekali , Kenapa? Kerana kita tidak terbiasa dengan hal tersebut . Kita lihat anak-anak yang di pondok mereka menghafal "Zubat 1000 bait " menghafal "Alfiyah ibnu Malik 1000 bait" dan sebahgian daripada mereka menghafal kitab minhaj karangan Al Imam Nawawi , diantara mereka ada menghafal "Al Irsyad " karangan Al imam mukhri . Bahkan ada diantara mereka ada yang menghafal ini dan itu , menurut kita itu sesuatu yang aneh dan mustahil tapi menurut mereka itu sesuatu yang biasa . Kerana memang itu la kehidupan mereka .

Begitu jugala Hamba الله seperti Rabiatul Adawiyah . Banyak beribadah kepada الله kerana sudah terbiasa beribadah kepada الله . Kalau pun Rabiatul Adawiyah atau para tabiin atau tabi tabiin , melihat kehidupan sekarang maka mereka akan terkejut . Kenapa? 

Kalau kami beribadah dimalam hari 10 Ribu rakaat kami habiskan daripada pukul 8 sehingga subuh kami solat akan tetapi zaman sekarang orang sudah pegang "Handphone" daripada pagi bangun tidur sehingga tidur lagi selama 24Jam . Mereka akan lebih terkejut atau tidak? Kerana sudah terbiasa bagi kita tapi tidak terbiasa bagi mereka .

Beliau dikatakan "Wahai Rabiatul Adawiyah , kenapa engkau banyak sekali beribadah kepada الله . Apa yang engkau inginkan daripada ibadah kau tersebut "

Rabiatul Adawiyah mengatakan
" Demi Allah , aku tidak menginginkan syurga dan aku tidak takut api neraka . "
"Lalu apa yang engkau ingin kan wahai Rabiatul  Adawiyah ? "

"Aku hanya ingin satu hal ketika الله membangkitkan aku dihari kiamat dan semua nabi duduk di singgah sananya duduk di atas kerusinya masing-masing , Nabi Muhammad ﷺ memanggil -manggil Ku 'Wahai Rabiah , wahai rabiah . Kemari '. Maka aku mendekat kepada Rasullullah  , ketika aku mendekat kepada rasulullah ﷺ lalu rasulullah akan mengatakan kepada Nabi ' Wahai nabi-nabi , lihat pada ummatku perempuan sahaja solat nya sebanyak 10ribu rakaat ' Aku ingin membanggakan hati baginda rasulullah sehingga beliau mendapatkan kemuliaan daripada Allah "

Suatu saat ketika Rabiatul Adawiyah tertidur dirumahnya , lalu ada seorang pencuri yang lewat daripada rumahnya . Tengok ada seorang perempuan yang tengah tidur dan disampingnya ada bag yang dalam isinya adalah wang . Maka pencuri tersebut masuk ke rumah tersebut , ketika dia masuk maka dia ingin mengambil harta Saidatina Rabiatul Adawiyah . Ketika dia telah ambil harta tersebut , dia ingin keluar dari rumah Saidatina Rabiatul Adawiyah maka rumah pun tertutup terkunci seketika . Maka dia pun ingin keluar melalui tingkap , ketika dia ingin datang kepada tingkap tersebut maka tingkap pun tertutup . Maka dia letak harta tadi , maka tingkap dan pintu pun terbuka . Diambil lagi hartanya nak keluar maka tertutup lagi pintu dan tingkap .

Maka ada suara " Kalau kekasih ini tidur , maka ketahuila bahawa sesungguhnya dia memiliki kekasih yang tidak pernah tidur iaitu الله . Kecintaan beliau terhadap الله , maka الله balas kecintaan kepada beliau . "

Rabiatul Adawiyah mengatakan " YaAllah kalau kau sudah indah kepadaku maka aku tidak perlu keindahan orang lain . Kalau engkau sudah tidak marah kepadaku , kau telah cinta kepadaku maka aku tidak perduli orang yang mahu marah kepadaku "

Begitu juga dengan Al imam Rifaie , beliau pernah mengatakan " Aku tidak perlu penilaian manusia . "

Kenapa ? Kerana Al Imam Rifaie husnuzoon kepada الله kerana beliau mempunyai cinta kepada الله sehingga الله akan memberikan kepada mereka apa-apa sahaja yang الله inginkan .

Haqiqah mahabbah kepada الله , sebagian orang mengatakan " Kenapa kita tidak selalu memuji الله , Kenapa selalu memuji Rasulullah ﷺ ?

Demi الله pujian kita kepada Rasulullah hakikatnya adalah pujian kepada الله , Bahkan الله memuji baginda rasulullah . Itulah nikmatnya kecintaan kepada الله .
Disampaikan oleh :
*Al-Habib Ali Zaenal Abidin Al-Kaff*
Share:

0 komentar:

Posting Komentar

Kategori Artikel