Media Sebagai Bagian Dari Dakwah untuk menyampaikan Islam yang Rahmatan lil 'Alamin dengan Aqidah Ahlussunnah Wal Jama'ah.


Barangsiapa yang menunjuki kepada kebaikan maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya” (HR. Muslim no. 1893)

Kamis, 08 September 2016

Mengenal 6 Habib Zaman Sekarang

MARI KENALI 6 TOKOH ULAMA HABAIB "PERMATA" ZAMAN INI

1)Al-Alim Al-Allamah Al-Ariffbillah Al-Habib Abdullah Bin Muhammad Bin Alwi Bin Abdullah Bin Aydrus Bin Ali Bin Muhammad Bin Syihabuddin Hafidzohullah. Beliau dikenali sebagai "AINUL TAREEM" (Mata Hati Kota Tareem). Kini berusia lewat 70-an dan masih belum pernah menziarahi bumi Malaysia.

2)Sulthonul Ilmi wal Ulama Al-Alim Al-Allamah Al-Ariffbillah Al-Habib Salim Bin Abdullah Bin Umar Asy-Syathiri Hafidzohullah (1359H/1938M - Kini). Ayahanda beliau yakni Habib Abdullah Asy-Syathiri Rahimahullahu Ta'ala merupakan pengasas Rubath Tarim, Hadhmaut yang telah melahirkan ribuan Ulama dan santri dari segenap pelosok dunia Islam. Kini Rubath Tarim diuruskan oleh Al-Habib Salim Asy-Syathiri Hafidzohullah selaku mudir.
Alhamdullilah kini beliau berumur 78 tahun. Sepatutnya Januari 2015 tahun lalu Al-Habib berkunjung ke Malaysia tetapi terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir dikeranakan Habib keuzuran seusai roadtour di Indonesia. Di antara anak murid beliau di Malaysia adalah Tuan Guru Ustaz Zulkifli Bin Suhaimi Hafidzohullah (Mudir Maahad As-Syatiri Pondok Sg.Dedap Yan, Kedah)

3)Al-Alim Al-Allamah Al-Muhaqqiq Al-Faqih Al-Ariffbillah Al-Habib Zein Bin Ibrahim Bin Sumaith Hafidzohullah (1357H/1936M - Kini). Diberi gelaran "Imam Syafi'e Shoghir". Beliau merupakan anak murid utama merangkap menantu kepada Al-Imam Al-Habib Muhammad Bin Abdullah Al-Haddar Rahimahullahu Ta'ala.
Kini beliau menetap di bumi Madinah dan merupakan pengasas Rubath Al-Jufri Madinah Al-Munawwarah, Arab Saudi. Alhamdullilah kini beliau sudah pun berumur 80 tahun. Kali terakhir kunjungan Al-Habib ke Malaysia adalah pada tahun 2014.
Walaupun 2 tahun ini beliau tidak lagi berziarah ke bumi Malaysia lagi. Al-Habib mengirimkan anak-anak murid utama beliau untuk berdakwah di Malaysia termasuk pembantunya di Rubath Al-Jufri Madinah iaitu Al-Allamah Al-Habib Umar Bin Abdul Rahman Al-Jufri Hafidzohullah dan juga putera Al-Habib sendiri iaitu Al-Habib Umar Bin Zein Bin Ibrahim Bin Sumaith Hafidzohullah yang acapkali menziarahi negara kita.
Bahkan anak murid utama Al-Habib Zein Bin Ibrahim Bin Sumaith Hafidzohullah ketika di Rubath Madinah iaitu Al-Habib Muhammad Ridho Bin Ahmad Bin Yahya Hafidzohullah (Pemimpin Majlis Ta'lim  Al-Fath) setiap bulan akan berdakwah di bumi Malaysia khususnya di Johor dan Kedah.
Akhir sekali, mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa di Malaysia
terdapatnya seorang anak murid Al-Allamah Al-Ariffbillah Al-Habib Zein Bin Ibrahim Bin Sumaith Hafidzohullah yang telah pun bermaustatin di Malaysia sejak 3 tahun yang lalu iaitu Guru Mulia As-Syeikh Feras Salou Ad-Dimasyqi Hafidzohullah yang kini menjadi Imam sepenuh masa dan mengajar di Madrasah Nahdthatul Islamiah (Surau Seksyen 3) Seksyen 3, Shah Alam, Selangor.


4)Al-Alim Al-Faqih Al-Allamah Al-Mufti Al-Habib Ali Masyur Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz Hafidzohullah (Mufti Tarim, Hadramaut, Yaman). Beliau merupakan abang kepada Al-Musnid Al-Allamah Al-Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz Hafidzohullah (Tokoh Ulama tersohor abad ini)
Memegang amanah sebagai Mufti Tarim. Gelaran "Mufti" bukanlah gelaran pejabat pemerintahan yang diberikan seperti di negara kita. Akan tetapi, gelaran "Mufti" di dunia Arab adalah gelaran yang diberikan dikeranakan ianya membawa martabat yang sangat tinggi dalam kalangan Ulama yang telah menguasai berbagai bidang ilmu pengetahuan yang luas. Beliau merupakan salah seorang Tokoh Ulama Tarim yang menjadi Guru Besar kepada Para Ulama Hadramaut pada zaman ini.

5)Ad-Daie Illah Al-Mufakkir Islami Al-Alim Al-Allamah Al-Ariffbillah Al-Habib Dr. Abu Bakar Al- Adni Bin Ali Al-Masyhur Hafidzohullah (1366H/1945M - Kini). Beliau merupakan salah seorang di antara murid utama Al-Quthub Al-Imam Al-Allamah Al-Ariffbillah Al-Habib Abdul Qadir Bin Ahmad Bin Abdurrahman As-Saqqaf Rahimahullahu Ta'ala. (1331H/1916M - 1431H/2010M) yang wafat dalam usianya 100 tahun.
Al-Habib Abu Bakar Ad-Adni Hafidzohullh merupakan seorang Ulama yang mempunyai pemikiran yang sangat hebat di zaman ini. Beliau telah pun membuka puluhan Pondok Pasentren / Rubath di seluruh pelosok negeri Yaman. Di samping itu, beliau juga telah mendirikan pusat-pusat pendidikan yang jumlahnya tidak kurang dari 83 cabang.

Di antara karya-karya ilmiah beliau yang sangat terkenal di Malaysia adalah FIQIH TAHAWWULAT. Kali pertama Al-Habib berkunjung ke Malaysia adalah pada Mei 2015. Waktu itu tiada siapa yang mengenali siapakan Ulama ini dikeranakan namanya tidak dikenali di Malaysia selama ini. Sejak itu, beliau telah datang kembali pada Ogos 2015 dan kali terakhir kunjungan beliau di bumi Malaysia ini adalah pada awal tahun tempoh hari iaitu pada bulan Februari 2016.
Alhamdullilah kini beliau telah pun menjangkau usia 71 tahun. Di Malaysia di antara Pusat Pengajian cawangan Arbithoh Tarbiah Wa Ta'lim Mehniah adalah Maahad Imam Al-Adni (Mudir Al-Fadhil Ustaz Muhammad Saeed Al-Yamani Hafidzohullah) di alamat 4, Jalan Selekoh 8/2B, Seksyen 8, Shah Alam, Selangor.

Selain itu, murid utama Al-Habib Abu Bakar Ad-Adni Hafidzohullah yang telah pun bermaustautin sejak tahun 2015 adalah Asy-Syeikh Niyaz Hisamuddin Al-Adni Hafidzohullah yang kini merupakan Mudir Ribath Pelajar Jeel Salamah di Gombak, Selangor. Alamat Ribath No.1 Lorong Haji Malek, Jalan Sungai Pusu, Batu 8, Gombak, Selangor. Jemput hadir ke Jalasah Isnin Majlis Al-Adeni pada setiap minggu hari isnin (Selepas Isyak).

6)Ad-DaeiIllah Al-Alim Al-Musnid Al-Allamah Al-Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz Hafidzohullah (1383H/1963M - Kini). Beliau merupakan seorang Ulama tersohor dunia era moden. Beliau merupakan Pengasas Darul Mustafa, Tarim, Hadramaut, Yaman. Dal-al Mustafa merupakan benteng Islam Ahlussunnah Wal Jamaah dengan Mazhab Imam Syafi'i di Negeri Yaman. Di sini lahirnya ramai pelajar, Para Daie yang bertaburan di seluruh dunia yang menyebarkan risalah Islam khususnya di Indonesia dan Malaysia.
Di antara murid utama Al-Alim Al-Musnid Al-Allamah Al-Habib Umar Ben Hafidz Hafidzohullah di Malaysia adalah

1)Guru Mulia Al-Habib Mahdi Bin Abu Bakar Al-Hamid Hafidzohullah yang berasal daripada Yaman. Boleh bercakap bahasa melayu. Beliau merupakan di antara murid pertama Guru Mulia
Al-Alim Al-Musnid Al-Allamah Al-Habib Umar Ben Hafidz Hafidzohullah
sebelum ditubuhkan Darul Mustafa lagi. Kini bermaustatin lebih 4 tahun di Malaysia di daerah Shah Alam.

Al-Habib Mahdi Hafidzohullah kini merupakan Mudir Madrasah Anwar Al-Batul iaitu sebuah cawangan Daruzzahra, Tarim, Hadramawt, Yaman. Madrasah khusus untuk pelajar wanita sahaja yang beralamat di No. 40 Jalan U16, Seksyen U16, Denai Alam, Shah Alam, Selangor da. juga Pembimbing Majlis Taalim Nur Kitab wa Sunnah setiap minggu hari isnin (9pm - 11pm) di Surau Al-Abrar, Denai Alam, Shah Alam. Pengasas Majlis Azzikrul Hakim Selangor, Melaka, Johor, Perak, Kedah.

2)Guru Mulia Asy-Syeikh Abdullah Bin Muhammad Bin Salim Al-Jahaf Hafidzohullah. Berasal daripada Yaman. Kini bermaustatin lebih 3 tahun menetap di Shah Alam. Sangat fasih berbahasa melayu. Merupakan Mudir Keluarga Ribatul Quran dan Pembimbing Majlis Taklim Yayasan Ar-Raha. Sepenuh masa mencurahkan masanya mengajar dari pagi sampai ke malam di Komplek Yayasan Restu, Taman Seni Islam, Seksyen 10, Shah Alam Selangor.

Pembimbing Majlis Ta'lim Keluarga Ribat Al-Quran. Pengajian setiap minggu hari isnin "Majlis Taklim Fiqh 4 Mazhab" syarah Kitab Safinatu An-Naja Fi Ilmi Al-Fiqh selepas solat isyak dan "Majlis Taklim Tafsir Al-Quran" setiap minggu hari khamis selepas solat maghrib. Bertempat di Surau Ahl-Kisa, Komplek Taman Seni Islam, Yayasan Restu, Seksyen 10, Shah Alam, Selangor. Pada hari sabtu setiap minggu selepas maghrib "Majlis Taklim Yayasan Ar-Raha" syarah Kitab Tafsir Juzu Amma & Hadis 40 Imam An-Nawawi. Bertempat di Dewan Ar-Raha, No.3 Jalan Firus Empat 7/7D, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

3)Guru Mulia Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid Hafidzohullah. Beliau berasal daripada Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia. Merupakan salah seorang daripada 30 orang murid pertama Al-Alim Al-Musnid Al-Allamah Al-Habib Umar Ben Hafidz Hafidzohullah di Dal al-Mustafa, Tarim, Hadramaut, Yaman (1993M-1995M). Sejak tahun 2002M - Sekarang, Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid Hafidzohullah telah menetap di Malaysia.

Kini merupakan selaku Mudir Madrasah At-Tazkiyah cawangan Darul Mustafa, Tarim, Hadramaut, Yaman yang beralamat di Jalan Rasmi 14, Taman Rasmi, Ampang, Selangor. Di sini (Madrasah At-Tazkiyah) diadakan Mawlid Mingguan pada khamis setiap minggu (kecuali minggu ke-3 tak ada) bermula selepas maghrib lagi dan selepas isyak syarah kitab "Syamail Muhammadiyah".

Selain itu, Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid Hafidzohullah merupakan Pembimbing Majlis Ta'lim Darul Murtadza yang diadakan pada setiap minggu hari jumaat bermula 9pm-11pm bertempat di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Seorang Pendakwah yang tidak asing lagi di Malaysia ini yang mengajar di seluruh Masjid-Masjid utama dan Surau-Surau di Malaysia khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur.

4)Guru Mulia Murobbina Al-Habib Najmuddin Bin Othman Al-Khered Hafidzohullah. Habaib yang berasal daripada bumi Malaysia. Beliau merupakan bekas Mudir Madrasah At-Tazkiyah cawangan Darul Mustafa, Tarim, Hadramaut, Yaman yang diamanahkan oleh Guru Mulia Al-Alim Al-Musnid Al-Allamah Al-Habib Umar Ben Hafidz Hafidzohullah.
Kini Al-Habib merupakan Pendakwah bebas yang tidak asing di Malaysia ini yang mengajar di Masjid-Masjid dan Surau-Surau seluruh Malaysia terutama sekalinya di Selangor. Selaku Pembimbing Majlis Ta'lim Sawa'Assabil bertempat di Ribat Al-Hawi No.55 Jalan Opera K U2/K TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor. Pengajian diadakan pada setiap hari rabu. Membahaskan 4 jenis kitab bermula dengan Tafsir Al-Quran, Muqqadimah Hadramiyah (Kitab Feqh), Kitab Al-Azkar Imam An-Nawawi (Kumpulan Doa dan Zikir) dan Kitab Riwayat Hidup Para Wali & Shalihin.

5)Ramai lagi anak-anak murid Guru Mulia Al-Alim Al-Musnid Al-Allamah Al-Habib Umar Ben Hafidz Hafidzohullah di Malaysia ini seperti Al-Fadhil Ustaz Azahar Hashim Al-Hadrami Hafidzohullah (Pembimbing Majlis Ta'lim Rahmatan Lil A'lamin, Subang Bestari, Shah Alam, Selangor),
Al-Fadhil Ustaz Ahmad Bin Shadan Al-Hadrami Hafidzohullah (Pengerusi Darul Muhibbin, Pembimbing Majlis Ta'lim Darul Muhibbin, Desa Keramat, Kuala Lumpur), Al-Fadhil Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari Hafidzohullah (Pembimbing Majlis Ta'lim Darul Mujtaba, Keramat, Kuala Lumpur) dan ramai lagi yang tidak dapat disebutkan satu per satu namanya tetapi tidak mengurangkan sedikit pun rasa hormat kepada Guru-Guru kita.


MOGA-MOGA ALLAH سبحانه  وتعالى MEMELIHARA DAN MELANJUTKAN USIA KE SEMUA  "PERMATA" PARA HABAIB AHLUSUNNAH WAL JAMAAH.
SEMOGA KITA DAN SEKALIAN UMMAT DAPAT MENGAMBIL MANFAAT DENGAN KEBERADAAN PARA ALIM ULAMAK KITA DI ATAS MUKA BUMI ALLAH  سبحانه  وتعالى INI.

MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENGENALI, MENGHORMATI DAN MEMULIAKAN PARA AWLIYA , PARA ULAMA DAN SOLIHIN. SENTIASALAH DUDUK, BERSUHBAH BERSAMA DENGAN KEKASIH ALLAH. AMBILLAH ILMU DENGAN CARA DUDUK BERTALAQQI. SESUNGGUHNYA KEBERKATAN ILMU ITU DATANGNYA DARIPADA RASA TA'ZIM KITA KEPADA MAJLIS ILMU, GURU YANG MENGAJAR DAN SEMUA JEMAAH YANG HADIR DI DALAMNYA.
JAGALAH ADAB-ADAB KITA KETIKA BERSAMA DENGAN PARA ALIM ULAMA.
Share:

0 komentar:

Posting Komentar

Kategori Artikel