Media Sebagai Bagian Dari Dakwah untuk menyampaikan Islam yang Rahmatan lil 'Alamin dengan Aqidah Ahlussunnah Wal Jama'ah.


Barangsiapa yang menunjuki kepada kebaikan maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya” (HR. Muslim no. 1893)

Jumat, 11 November 2016

Kalam Hubabah Ummu Salim 2016

 الله الرحمن الرحيم‎

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Nota Tambahan – Diantara amalan yang dianjurkan oleh Hubabah Ummu Salim bin Umar bin Hafiz:
– Di dalam solat seseorang akan membaca surah al-Fatihah sebanyak 17 kali. Di luar solat pun seseorang itu digalakkan membaca surah al-Fatihah dengan niat ALLAH mengabulkan hajatnya. Barangsiapa yang membaca surah al-Fatihah setiap hari sebanyak 150 kali maka ALLAH akan mengabulkan hajatnya di dunia dan akhirahnya. Surah al-Fatihah ini akan berterusan dibaca (oleh orang yang beriman) tanpa merasa bosan kerana ia adalah Kalam ALLAH ﷻ.
– Barangsiapa yang berselawat kepada Nabi Muhammad ﷺ sekali, maka ALLAH akan berselawat kepadanya sepuluh kali. Barangsiapa yang berselawat kepada Nabi Muhammadﷺ  sepuluh kali maka ALLAH akan berselawat kepadanya seratus kali. Barangsiapa yang berselawat kepada Nabi Muhammadﷺseratus kali maka ALLAH akan berselawat kepadanya seribu kali. Barangsiapa yang berselawat kepada Nabi Muhammad  ﷺseribu kali maka ALLAH ﷻ akan memandangnya. Barangsiapa yang dipandang oleh ALLAH maka dia tidak akan diseksa mahupun diazab oleh ALLAH ﷻ.
– Nabi Muhammad ﷺ  menganjurkan kepada kita disaat tashyud akhir dalam solat untuk membaca doa:‎
اللهم إني أعوذ بك من عذاب جهنم، ومن عذاب القبر، ومن فتنة المحيا والممات، ومن شر فتنة المسيح الدجال. اللهم إني أعوذ بك من المأثم والمغرم.  يا مقلب القلوب والابصار ثبت قلبي على دينك
Transliterasi: ALLAHumma inni ‘audzubika min ‘adzabi jahannam wa min ‘adzaa bilqabr wa min fitnatil mahyaa wal mamat wa min sharra fitnatil masihi dajjal. ALLAHumma inni ‘audzu bika minal ma’thami wal maghram. Ya Muqallibal qulub wal absar tsabbit qalbi ‘ala dinik
Makna doa: Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung kepadaMU daripada azab neraka jahannam, daripada azab kubur, daripada fitnah di dalam kehidupan dan setelah mati dan juga daripada fitnah al-masihi dajjal. Ya ALLAH, aku berlindung kepadaMU daripada perbuatan dosa dan daripada bebanan hutang. Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati dan penglihatan, tetapkan hatiku di dalam Agamamu.
‎ اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم. الله ورسوله أعلم
*Catatan Ukhti Mastura Fatimah Nurussana

Sumber ; Majelis Muwashalah Singapura 
Share:

0 komentar:

Posting Komentar

Kategori Artikel